Implikasi Pandemik COVID-19 di Sabah

Kekurangan topeng dan cecair pembasmi kuman

Ibu negeri Sabah Kota Kinabalu telah melaporkan kekurangan topeng pembedahan dan cecair pembasmi kuman sejak bulan Januari.[11] Terdapat laporan bahawa beberapa perniagaan dalam negeri mengambil kesempatan keadaan ini dengan menjual topeng dengan harga yang terlalu mahal semasa tempoh ini yang menyebabkan mereka dikenakan denda oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Sabah.[12]

Pembelian panik

Ramai penduduk negeri di setiap daerah tergesa-gesa menyumpan stok barangan keperluan sejak kes positif pertama dilaporkan dalam kalangan warganet walaupun sebelum pengumuman rasmi kes pertama dibuat oleh kerajaan negeri Sabah.[13][14] Dengan meningkatnya bilangan kes positif telah dilaporkan, penduduk di salah satu daerah Sabah Kunak dilaporkan membeli kuantiti besar beras untuk menyimpan stok makanan.[15] Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew juga memanggil masyarakat di kawasannya Tawau daripada membeli dengan cemas yang disebabkan oleh penyebaran pantas virus tersebut.[16]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik COVID-19 di Sabah http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://sabahoutbreak.com/ http://www.dailyexpress.com.my/news/147905/sabah-e... http://www.dailyexpress.com.my/news/148672/sabah-s... http://www.dailyexpress.com.my/news/148674/exclusi... http://www.dailyexpress.com.my/news/148676/kaamata... http://www.dailyexpress.com.my/news/148679/possibl... http://www.dailyexpress.com.my/news/148680/14-new-... http://www.dailyexpress.com.my/news/148682/suspens... http://www.dailyexpress.com.my/news/148755/11-new-...